Soalan-soalan Lazim

JABATAN / AGENSI : PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan ruang kosong terhadap premis/ galeri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur?
2. Bagaimanakah untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia? 3. Bagaimanakah kaedah untuk memohon menjalani latihan industri di Kraftangan Malaysia? 4. Bagaimana untuk mengetahui perancangan kursus/ latihan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?
5. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai Usahawan Kraf?
6. Apakah bentuk insentif yang diberikan oleh Kraftangan Malaysia terhadap pembangunan usahawan?
7. Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan Pusat Inkubator Kraf?
8. Bagaimanakah untuk mengetahui sebarang tawaran sebut harga/ tender di Kraftangan Malaysia? 9. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai pembekal atau kontraktor Kraftangan Malaysia?
10. Apakah kriteria bagi pencalonan Adiguru Kraf?
  • Apakah insentif yang diberikan kepada Adiguru Kraf?
  • Apakah insentif yang diberikan kepada Tokoh Kraf Negara?
  • Bagaimanakah untuk menjadi ahli perpustakaan di Kraftangan Malaysia?
  • Berapakah bilangan buku yang layak dipinjam dalam sesuatu masa?
  • Berapakah bayaran masuk ke Muzium Kraf?
  • Bilakah waktu Muzium Kraf beroperasi?
  • Apakah yang dipamerkan di Muzium Kraf?
  • Apakah kriteria lawatan yang tidak dikenakan bayaran oleh pihak Muzium?
  • Adakah pihak luar dibenarkan untuk membuat penyelidikan dan kajian di Muzium Kraf?
  • Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pengurusan bagi urusan peminjaman koleksi dan props yang terdapat di Muzium Kraf?
  • Adakah pihak Kraftangan Malaysia membuat penjualan terhadap buku-buku yang diterbitkan?
  • Apakah peranan Kraftangan Malaysia dalam memasarkan produk kraf?
  • Program promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia
  • Apakah kriteria yang ditetapkan kepada usahawan kraf yang ingin menyertai program promosi yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia?
  • Apakah syarat dan peraturan bagi menyertai program atau aktiviti promosi di Kraftangan Malaysia?
  • Apakah klasifikasi produk kraf yang dibenarkan untuk menyertai aktiviti promosi?
  • Kelayakan kewarganegaraan usahawan untuk menyertai aktiviti promosi
  • Bagaimanakah untuk mendapatkan borang penyertaan promosi di peringkat domestik?
  • Apakah keistimewaan yang terdapat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur?
  • Bagaimanakah untuk membuat lawatan berpandu ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur?
  • Bagaimanakah untuk menjalankan aktiviti penggambaran dan fotografi?
  • Bagaimanakah caranya untuk mengakses pasaran eksport atau pasaran antarabangsa?
  • Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam urusan mengeksport produk kraf ke luar negara?
  • Apakah peluang perniagaan dalam pasaran luar negara?
  • Adakah Kraftangan Malaysia membangunkan perniagaan melalui internet?


    JABATAN / AGENSI :BERNAMA

  • Bagaimanakah caranya untuk membuat latihan praktikal di BERNAMA
  • Bagaimana untuk memohon pekerjaan di BERNAMA?
  • Bagaimana untuk mengiklan di laman web BERNAMA?
  • Saya akan mengadakan sesuatu acara untuk organisasi saya, bagaimanakah untuk menghantar siaran akhbar ke BERNAMA?
  • Saya akan mengadakan sesuatu acara untuk organisasi saya, bagaimanakah untuk menghantar siaran akhbar ke BERNAMA?


    JABATAN / AGENSI : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KPKK

  • Bagaimana cara untuk memohon Latihan Praktikal di KPKK?
  • Bagaimana cara untuk memohon kerja sambilan, kontrak dan tetap di KPKK?

     

    JABATAN / AGENSI : PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

    1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan ruang kosong terhadap premis/ galeri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur?

    Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati dari Unit Pentadbiran (Pengurusan Aset) Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan melalui talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    2. Bagaimanakah untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?

    Urusan pengisian jawatan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan, Kraftangan Malaysia akan mengiklankan maklumat di akhbar-akhbar utama Malaysia, laman sesawang di www.kraftangan.gov.my. Serta www.jobmalaysia.com. Keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di talian 03- 2162 7459 / 03- 2162 7533.

    3. Bagaimanakah kaedah untuk memohon menjalani latihan industri di Kraftangan Malaysia?

    Pemohon perlu mengemukakan surat secara rasmi daripada pihak Institusi Pengajian berserta biodata peribadi pelajar untuk tujuan proses. Latihan Industri di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia adalah tertakluk kepada keperluan pihak pengurusan.

    4. Bagaimana untuk mengetahui perancangan kursus/ latihan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?

    Perancangan adalah berdasarkan jadual yang telah disediakan/ dirancang untuk sepanjang tahun dan bergantung kepada peruntukkan tahunan serta arahan daripada pihak pengurusan.

    5. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai Usahawan Kraf?

    Tuan/puan boleh menghubungi cawangan-cawangan negeri untuk urusan pendaftaran usahawan kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Borang pendaftaran boleh didapati daripada Portal Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my. Maklumat lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Bahagian Usahawan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    6. Apakah bentuk insentif yang diberikan oleh Kraftangan Malaysia terhadap pembangunan usahawan?

    Kepada Usahawan Kraf yang ingin memohon bantuan yang disediakan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kini boleh memohon untuk mendapatkan bantuan dari segi prasarana pengeluaran, mesin/ jentera, peralatan, kursus keusahawanan dan lain-lain. Borang Insentif Pembangunan Usahawan boleh didapati daripada Portal Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my. Keterangan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Bahagian Usahawan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    7. Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan Pusat Inkubator Kraf?

    Kepada Usahawan Kraf atau mereka yang telah tamat pengajian dari IPTA/ IPTS dan berminat untuk menjadi peserta Skim Inkubator Pengeluaran Kraf boleh memohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari mana-mana Cawangan Kraftangan Malaysia yang berhampiran. Keterangan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Bahagian Usahawan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    8. Bagaimanakah untuk mengetahui sebarang tawaran sebut harga/ tender di Kraftangan Malaysia?

    Iklan tawaran sebut harga/ tender bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja boleh dirujuk di akhbar-akhbar utama atau Portal Kraftangan Malaysia dengan melayari laman web www.kraftangan.gov.my pada pautan perkhidmatan. Tawaran hanya kepada syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai pembekal/ kontraktor di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sahaja. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    9. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai pembekal atau kontraktor Kraftangan Malaysia?

    Pendaftaran sebagai pembekal atau kontraktor boleh dibuat melalui borang pendaftaran yang boleh didapati di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan atau boleh di muat turun borang melalui Portal Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my . Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja dan tiada tempoh tamat bagi pendaftaran yang telah dibuat. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM 30.00. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    10. Apakah kriteria bagi pencalonan Adiguru Kraf?

    Pencalonan Adiguru Kraf diadakan pada setiap tahun sempena Hari Kraf Kebangsaan. Pencalonan adalah terbuka kepada semua pembuat kraf dan individu yang mempunyai kemahiran kursus berkaitan kraf, Warganegara Malaysia dan berumur 35 tahun ke atas.

    11. Apakah insentif yang diberikan kepada Adiguru Kraf?

    Adiguru Kraf yang dilantik menerima ganjaran berjumlah RM 5000.00 dan elaun RM 500.00 sebulan selama lima (5) tahun, bayaran perkhidmatan diberikan sekiranya terlibat dengan aktiviti Kraf tangan Malaysia, insurans perlindungan diri semasa mengambil bahagian dalam aktiviti rasmi Kraftangan Malaysia dan sijil pengiktirafan.

    12. Apakah insentif yang diberikan kepada Tokoh Kraf Negara?

    Tokoh Kraf Negara yang dilantik menerima ganjaran berjumlah RM 60,000.00, sepersalinan lengkap tekstil (Songket) berjumlah RM 1,500.00, tambang perjalanan dan sara hidup berjumlah RM 1,500.00, layak menerima bayaran perubatan di kelas 1 hospital kerajaan selama lima (5) tahun berjumlah RM 7,000.00, watikah perlantikan serta insurans perlindungan diri.

    13. Bagaimanakah untuk menjadi ahli perpustakaan di Kraftangan Malaysia?

    Untuk makluman, keahlian bagi Anggota Kerja Kraftangan Malaysia adalah secara automatik. Walau bagaimanapun, pengguna luar hanya dibenarkan untuk membuat rujukan sahaja.

    14. Berapakah bilangan buku yang layak dipinjam dalam sesuatu masa?

    Bilangan buku yang layak dipinjam adalah sebanyak tiga (3) buah pada sesuatu masa dan tempoh bagi peminjaman adalah selama dua (2) minggu.

    15. Berapakah bayaran masuk ke Muzium Kraf?

    Bayaran yang dikenakan bagi Dewasa adalah RM 3.00 dan bagi Kanak-Kanak adalah RM 1.00.

    16. Bilakah waktu Muzium Kraf beroperasi?

    Muzium mula beroperasi pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan hanya ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

    17. Apakah yang dipamerkan di Muzium Kraf?

    Muzium Kraf terbahagi kepada dua (2) aras. Aras bawah adalah lebih kepada pameran bertema seperti Pameran Hiasan Kepala manakala pada aras atas terdapat pameran tetap seperti Pameran Adiguru.

    18. Apakah kriteria lawatan yang tidak dikenakan bayaran oleh pihak Muzium?

    Lawatan yang dikecualikan dari bayaran hanya lawatan rasmi dan lawatan yang diiringi Pegawai Kompleks dan pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia.

    19. Adakah pihak luar dibenarkan untuk membuat penyelidikan dan kajian di Muzium Kraf?

    Kepada pihak yang ingin membuat penyelidikan serta kajian di Muzium Kraf perlu mengemukakan surat kepada pihak Muzium untuk mendapatkan kelulusan.

    20. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pengurusan bagi urusan peminjaman koleksi dan props yang terdapat di Muzium Kraf?

    Pemohon dari pihak luar perlu mengemukakan permohonan melalui borang pinjaman dan membuat insurans bagi koleksi yang dipinjam yang boleh didapati Muzium Kraf Kuala Lumpur. Keterangan lanjut, boleh berhubung terus dengan Pegawai Muzium Kraf di talian 03- 2162 7459/ 2162 7533 samb. 163.

    21. Adakah pihak Kraftangan Malaysia membuat penjualan terhadap buku-buku yang diterbitkan?

    Buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia boleh didapati dengan kadar harga yang telah ditetapkan di tempat- tempat berikut;

    22. Apakah peranan Kraftangan Malaysia dalam memasarkan produk kraf?

    Kraftangan Malaysia merupakan Agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang membantu mempromosikan produk-produk usahawan melalui program-program promosi yang diadakan sama ada diperingkat domestik atau antarabangsa.

    23. Program promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia?

    Bahagian Pasaran dan Promosi bertanggungjawab ke atas program promosi Kraftangan Malaysia. Ianya terbahagi kepada promosi peringkat domestik dan peringkat antarabangsa. Takwim/ jadual aktiviti promosi boleh diperolehi melalui laman web Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my dari masa ke semasa.

    24. Apakah kriteria yang ditetapkan kepada usahawan kraf yang ingin menyertai program promosi yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia?

    Usahawan/ syarikat yang ingin menyertai program promosi Kraftangan Malaysia mestilah terdiri daripada pengusaha yang menghasilkan produk-produk kraf
    tempatan. Selain itu, peserta juga perlu mendaftar sebagai usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

    25. Apakah syarat dan peraturan bagi menyertai program atau aktiviti promosi di Kraftangan Malaysia?

    Syarat-syarat penyertaan promosi di peringkat domestik boleh dirujuk terus ke laman web Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my.

    26. Apakah klasifikasi produk kraf yang dibenarkan untuk menyertai aktiviti promosi?

    Setiap program promosi anjuran Kraftangan Malaysia hanya membenarkan produk kraf tempatan yang berasaskan 5 bidang kraf utama iaitu: - Tekstil - Hasil Rimba - Hasil Tanah - Logam - Aneka Kraf Produk dan lain-lain perkhidmatan yang dibenarkan adalah merujuk kepada aktiviti promosi yang dilaksanakan.

    27. Kelayakan kewarganegaraan usahawan untuk menyertai aktiviti promosi?

    Program-program anjuran Kraftangan Malaysia hanya terbuka kepada warga negara Malaysia yang menghasilkan produk-produk kraf tempatan.

    28. Bagaimanakah untuk mendapatkan borang penyertaan promosi di peringkat domestik?

    Borang penyertaan promosi boleh didapati terus di Bahagian Pasaran & Promosi Ibu Pejabat, semua cawangan negeri yang berhampiran serta di laman web www.kraftangan.gov.my.

    29. Apakah keistimewaan yang terdapat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur?

    Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan satu-satunya pusat persinggahan kraf setempat yang menawarkan kedai- kedai kraf iaitu Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., Kedai Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang menjual pelbagai produk keluaran usahawan dan Muzium Shoppe. Terdapat aktiviti-aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf seperti batik, seramik dan ukiran kayu. Selain itu, Kompleks Kraf Kuala Lumpur mempunyai Muzium Kraf, Perkampungan Kraf dan Perkampungan Pelukis. Keterangan lanjut, boleh berhubung terus dengan Pegawai Kompleks Kraf Kuala Lumpur di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    30. Bagaimanakah untuk membuat lawatan berpandu ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur?

    Permohonan lawatan secara percuma ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur boleh dibuat secara atas talian melalui portal di www.kraftangan.gov.my atau mengemukakan surat permohonan kepada Kraftangan Malaysia dengan menyatakan tarikh, masa, bilangan peserta lawatan dan juga aktiviti yang ingin diadakan.

    31. Bagaimanakah untuk menjalankan aktiviti penggambaran dan fotografi?

    Surat permohonan perlu dimajukan kepada Kraftangan Malaysia dengan menyatakan tujuan serta maklumat penggambaran. Caj akan dikenakan bagi setiap penggambaran yang diadakan.

    32. Bagaimanakah caranya untuk mengakses pasaran eksport atau pasaran antarabangsa?

    Boleh menyertai Kraftangan Malaysia dalam pameran antarabangsa di luar Negara. Keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan insentif boleh dirujuk melalui laman web Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my. Selain itu, syarat asas untuk menyertai program ini adalah mesti berdaftar dengan pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

    33. Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam urusan mengeksport produk kraf ke luar negara?

    Perkhidmatan yang disediakan bagi urusan mengeksport produk kraf ke luar Negara adalah khidmat nasihat serta sijil pengesahan produk (Certificate of Authenticity). Keterangan lajut boleh berhubung terus dengan Pegawai Unit Promosi Antarabangsa di talian 03- 2162 7459/ 03- 2162 7533.

    34. Apakah peluang perniagaan dalam pasaran luar negara?

    Usahawan Kraf tempatan boleh mendapatkan peluang perniagaan dengan pedagang luar Negara atau pembeli korporat melalui Program Perjumpaan Pembeli In-coming Buying Mission (IBM) yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia di Pusat Dagangan Kraf (Craft Business Centre - CBC) di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

    35. Adakah Kraftangan Malaysia membangunkan perniagaan melalui internet?

    Kraftangan Malaysia telah membangunkan gerbang kraf sebagai prasarana kepada usahawan kraf tempatan untuk memperdagangkan produk kraf mereka secara global. Gerbang ini boleh diakses melalui bestmalaysiancraft.com.

     

    JABATAN / AGENSI : BERNAMA

    1. Bagaimanakah caranya untuk membuat latihan praktikal di BERNAMA

    Untuk membuat latihan praktikal di BERNAMA, anda perlu memohon dengan menghantar surat kepada :

    Pengurus Kanan
    Pusat Kecemerlangan
    Wisma BERNAMA, Tingkat 12
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel: 03-2696 2304
    Faks: 03-2698 9978
    E-mel : skhedher@bernama.com

     

    2. Bagaimana untuk memohon pekerjaan di BERNAMA?

    Untuk memohon pekerjaan di BERNAMA, anda boleh menghantar surat permohonan kepada :

    Pengurus Sumber Manusia
    Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
    Wisma BERNAMA, Tingkat 14
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel : 03-2050 4500
    Faks 03-2692 9466

    3. Bagaimana untuk mengiklan di laman web BERNAMA?

    Untuk mengiklan di laman web BERNAMA, anda boleh menghubungi :

    Pengurus
    Bahagian Portal
    Wisma BERNAMA, Tingkat 5
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel : 03-2050 4477
    Faks 03-2691 3972
    E-mel : helpdesk@bernama.com

    4. Saya akan mengadakan sesuatu acara untuk organisasi saya, bagaimanakah untuk menghantar siaran akhbar ke BERNAMA?

    Anda boleh menghantar siaran akhbar kepada :

    Editor Meja Berita
    Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
    Wisma BERNAMA, Tingkat 1
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel : Tel : 03-2699 2399
    Faks 03-2698 1102
    E-mel : news@bernama.com


    5. Saya akan mengadakan sesuatu acara untuk organisasi saya, bagaimanakah untuk menghantar siaran akhbar ke BERNAMA?

    Anda boleh menghantar siaran akhbar kepada :

    Editor Meja Berita
    Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
    Wisma BERNAMA, Tingkat 1
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel : Tel : 03-2699 2399
    Faks 03-2698 1102
    E-mel : news@bernama.com

    Sekiranya saudara ingin menghantar berita-berita berbentuk ekonomi, saudara boleh menghantar faks atau e-mel ke alamat berikut :

    Editor Meja Berita Ekonomi
    Wisma BERNAMA, Tingkat 1
    28, Jalan 1/65A
    Off Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

    Tel : Tel : 03-2699 2399
    Faks 03-2698 1102
    E-mel : bes@bernama.com

     

    JABATAN / AGENSI : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KPKK

    1. Bagaimana cara untuk memohon Latihan Praktikal di KPKK?

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPKK menerima pelajar Universiti untuk menjalani latihan praktikal/industri tertakluk kepada kekosongan dan keperluan di Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPKK. Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :

    1. Surat permohonan dari Universiti dan pelajar;
    2. Resume pelajar; dan
    3. Salinan keputusan peperiksaan terkini

    Permohonan perlu dihantar ke alamat seperti di bawah :

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
    Aras 20, Kompleks KPKK
    Lot 4G9, Persiaran Perdana
    Presint 4
    62100 Putrajaya
    (u/p : En. Mohd Saufi Bin Halim)


    2. Bagaimana cara untuk memohon kerja sambilan, kontrak dan tetap di KPKK?

    Kementerian ini membuat pengambilan secara kontrak dari masa ke semasa mengikut keperluan berdasarkan kepada kelayakan calon. Resume yang dikemukakan oleh tuan/puan akan disimpan oleh Kementerian ini dan akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan untuk pengisian secara kontrak kelak.

    Manakala jawatan tetap, kementerian hanya melaksanakan pengambilan bagi yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR). Permohonan bagi yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke atas boleh dibuat melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu www.spa.gov.my.